Pengenalan Sahabat Al-Quran
Idea penubuhan Sahabat al-Quran
dirintis buat pertama kalinya oleh Dr. Adnan bin Yusuf, [Pengarah Pusat Islam
dan Peradaban UNITEN kini] dan Dr. Abdul Aziz bin Mat Isa, [Pengarah Hal Ehwal
Pelajar UNITEN kini] sehingga akhirnya tertubuh secara rasmi pada semester 2
2006/2007. SAQ berada secara rasminya di bawah Pusat Pengajian Islam dan
Peradaban, UNITEN. Tujuan asal penubuhan Sahabat al-Quran atau lebih dikenali
sebagai SAQ ini pada awalnya bagi meningkatkan kualiti pembacaan al-Quran
pelajar yang mengambil subjek Pengajian Islam tatkala melihatkan kepada
kelompongan besar pada tahap pembacaan pelajar muslim UNITEN.
Pemikiran dan pelaksanaan
berevolusi sehingga SAQ kemudiannya mewujudkan unit-unit lain secara bersepadu
bagi menganjurkan program-program yang bukan berteraskan kepada al-Quran
semata-mata. Namun demikian, sesi kepimpinan Sahabat al-Quran sesi 2014/2015 telah
meneliti kembali keperluan pembawakan SAQ di dalam UNITEN. Memikirkan kepada
kepentingan pembinaan legasi profesional muslim yang benar-benar berpaksikan
kepada al-Quran, SAQ pada semester 3 2014/2015 mengubah kembali fokus
pembawakan kepada penekanan terhadap bidang al-Quran bagi menggantikan idea
asal yang menerapkan pengajian Islam secara umum.
Matlamat dan halatuju SAQ yang
mahu menerapkan ibrah ataupun pengajaran berteraskan kepada al-Quran di dalam
apa jua program tanpa mengira aspek diharapkan mampu dicapai bagi melahirkan
individu-individu yang mampan dalam memahami dan mengamalkan ajaran di dalam
al-Quran dan seterusnya mewujudkan suasana dan biah Islamik di UNITEN.
Insha Allah.
0 comments:
Post a Comment