Latest Posts

Thursday, February 12

Pulangnya Mutiara itu.



"Aku ketuk pintuMu dengan menggunung harapan semasa orang lain semuanya tidur nyenyak
Aku merayu padaMu sepanjang malam – segala penderitaan yang aku pikul..
Aku bermadah Kamu adalah tumpuanku bila saja bala menimpa
Hanya Kamu sahajalah tempat aku berpaut
Aku mengadu padaMu aneka penderitaan Kamu tentu tahu sepenuhnya
Kesabaranku sudah mula luntur, daya tenagaku sudah mula lemah…
Sekarang, padaMu aku menadah tangan dengan cukup hina,
Oh Zat yang memang layak sepenuhnya untuk ditadah…
Justeru pohonlah ya Rabbi, janganlah biarkan tadahanku tidak berisi..
Limpah kurniaanMu seluas lautan, akan memuaskan siapa saja yang yang menghirupnya….."
Puisi daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Tiada kata yang mampu diungkapkan saat ini kala mendengar berita pemergian Murabbi tercinta Tuan Guru Nik Aziz. Seorang tokoh yang begitu banyak menyumbang kepada perjuangan islam. Yang tidak lelah dan sabar menghadapi dugaan kehidupan. Beliau masih berdiri memperjuangkan agama Allah. Tegas dalam hal yang hak dan lembut dalam budi pekerti.

Sungguh merasa suatu kehilangan besar.

Kami, warga Sahabat Al Quran mengucapkan salam takziah kepada semua ahli keluarga beliau, sahabat handai, dan kenalan.
انا لله وانا اليه راجعون
ALFATIHAH.

Perjuanganmu akan diteruskan.

SAY NO TO VALENTINES DAY


Menelusuri sejarah Sambutan Valentines Day, tiada bukti atau peristiwa yang khusus yang menjadikan sambutan ini perlu diperingati dan diikuti. Ia berdasarkan kepada teori yang dikemukakan oleh barat yang semata-mata bagi menyesatkan umat Islam.
Asal-usul tempat dan sejarahnya bukanlah persoalan pokok yang ingin dibincangkan namun ritual sambutan tersebut yang perlu kita jauhi yang jelas membuatkan manusia leka dan diakhiri dengan perbuatan maksiat yang sangat jelas bertentangan dengan prinsip syarak. Namun, umat Islam seolah-olah tidak menyedari akan kesesatan yang dibawa oleh barat. Malah turut sama menanti dan meraikan tarikh ini.
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine dilarang oleh agama Islam.
Hakikatnya umat Islam dilarang mencampurkan akidahnya dengan agama lain. Hal ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud,
“Katakanlah (wahai Muhammad): Hai orang kafir. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) apa yang aku sembah. Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. Bagi kamu agama kamu dan bagi aku agamaku.” (Surah Al-Kafirun ayat 1-6)
Nabi SAW dengan tegas melarang kita daripada meniru budaya Yahudi dan Nasrani dalam habis yang bermaksud,
“Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani) sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang biawak. Lantaran sahabat bertanya: Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab: Siapa lagi kalau bukan mereka.”

Sesungguhnya, sambutan ini sekaligus menggalakkan aktiviti zina khususnya mereka yang bukan muhrim. Jika tidak percaya dalam tempoh sembilan atau sepuluh bulan akan datang, kita akan dengar peningkatan kes kelahiran bayi tidak sah taraf dan kes pembuangan bayi, sekiranya sambutan Valentine Day tidak disekat. Ini juga diakui sendiri oleh rumah Perlindungan Raudhah Sakinan yang menerima ramai anak kelahiran Valentine ini.
Kita juga tidak mahu generasi akan datang iaitu anak cucu kita tahu akan kewujudan sambutan in. Oleh yang demikian wajarlah bagi kita menyekat dan terus menguburkan sambutan ini supaya masayarakat akan datang tidak lagi mendengar mengenai Valentine.
kredit to:

Wednesday, December 10

ISTIGHFAR : NILAIAN YANG KIAN TENGGELAM


Entah berapa kali kita mendengar tentang istighfar. Satu perkataan yang ghalib disebut, namun, mungkin kurang diamati hinggakan jarang dibawa dalam realiti kehidupan.

“Takpa la. Dah selalu baca lepas solat.”

Makanya, adakah istighfar itu menjadi ritual wajib selepas solat sahaja?





Hasan al-Basri Membawa Solusi Dari Allah.

Ahmad Mustafa al-Maraghi menukilkan kisah di dalam kitab tafsirnya ketika mana suatu hari, Hasan didatangi seorang lelaki yang mengadu tentang kelaparan yang dihadapinya. Hasan dengan penuh perhatian menjawab, "Istighfarlah kepada Allah swt".

Datang lagi seorang lelaki meminta Hasan untuk mendoakannya agar dia mempunyai zuriat. Hasan menjawab, "Beristighfarlah kepada Allah swt".

Kemudian datang lagi seorang lelaki yang kebunnya mengalami kekeringan. Hasan terus menjawab, "Beristighfarlah kepada Allah swt".

Nah! Kalau kita berada pada tempat mereka yang megadu, akan timbul rasa tidak puas hati. Berbagai masalah yang diluahkan, hanya dibalas dengan istighfar.

Jawapan Hasan al-Basri tersebut menghairankan penduduk sekitar sehinggalah seorang daripada penduduk itu berkata kepada Hasan, "Beberapa orang lelaki mendatangimu mengeluhkan berbagai persoalan, tetapi engkau hanya menyuruh mereka semua untuk istighfar!"

Maka Hasan menjawab, "Aku sama sekali tidak mengatakan apapun daripada diriku sendiri. Sesungguhnya Allah swt berfirman seperti itu, "Benar, segala persoalan tersebut telah dirangkumkan oleh Allah di dalam Surah Nuh ayat 10-12.


فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا

"Sehingga aku berkata (kepada mereka): Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kau, sesungguhya adalah Ia Maha Pengampun."


يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا

"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu."


وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا

"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyakya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya)."


Ini bukanlah kisah yang berkisar mengenai harta dan anak-pinak semata-mata. Tapi ia lebih dilihat secara umum sebagai keadaan yang menyempitkan. Dan tatkala itu, kita menghendakkan pada istighfar.
Apakah kita masih kabur dengan kehebatan istighfar?



Beristighfar Dalam Sebuah ‘Kemenangan’

Perhatikan dalam surah an-Nasr pula. Ayat 1-3. 



"Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan, Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat."

Surah ini sebenarnya perkhabaran dari Tuhan bahawa Nabi akan mampu peroleh kemenangan bagi menguasai Mekah. Namun, pada ayat terakhir, Allah mengarahkan juga pada Nabi untuk 'istaghfirhu', yakni "memohon ampun padaNya."

Maka, bagitu juga kita di dalam kehidupan.

Dikala berjaya dalam peperiksaan, beristighfarlah.
Dikala terpilih untuk mendapat biasiswa, beristighfarlah.
Dikala program yang kita adakan mendapat sambutan ramai, beristighfarlah.
Senang difahami, di samping bergembira, ketika hadirnya perkara yang menumbuhkan erti 'kemenangan', jangan lupa untuk memohon ampun padaNya.



Kesimpulan: Istighfarlah, Itu Lebih Baik Bagimu

"Dan wahai kaumku! Mintalah ampun kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepadaNya, supaya Ia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa!" [Surah Hud ayat 52]

Untuk beristighfar, tak perlu menunggu berbuat dosa semata-mata. Dan juga bukanlah ritual selepas solat sahaja.

Tatkala kita dalam kesempitan, beristighfarlah
Tatkala kita di dalam kegembiraan, beristighfarlah
Mohon ampun pada Yang Maha Kuasa.

Sungguh! Itu lebih baik bagiku dan bagimu.


Luqman Hakim bin Alias,
Sahabat Al-Quran.

Wednesday, November 14

Hijrah: Bukan Sekadar Cuti Umum

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji untuk Allah, Tuhan Pemerintah alam. Selawat dan salam untuk junjungan besar Muhammad SAW, juga ke atas keluarga serta sahabat baginda kesemuanya.

Gambar Hiasan


Seronok kan dapat cuti hari ni? Mesti, kebetulan minggu yang sama pula dengan cuti Deepavali, pastinya ramai yang cuti seminggu terus.. eheh. Bersyukur sekali tinggal di Malaysia, harap tidak dicemburui sahabat2 di negara lain. Sebut pasal cuti.. err tau ke cuti apa hari ni?

Ya betul, tahniah! Cuti sempena tahun Hijrah yang ke... ok boleh jawab? yang ke 1,434! Jom kita lepak2 jap cerita pasal hijrah.

Hijrah dari segi bahasa bermaksud perpindahan. Dalam sejarah Islam, hijrah ialah perpindahan umat Islam dari Mekah ke Madinah. Peristiwa ini sangat besar ertinya kerana dakwah Islam telah berkembang dengan sangat hebat sehingga dapat dinikmati oleh KITA pada hari ini. Subhanallah.

Sahabat2 semua.

Banyak sebenarnya kisah-kisah di sebalik peristiwa Hijrah. Perbincangan kali ini akan berkisarkan kepada orang-orang Mekah yang berpindah ke Madinah, atau dikenali sebagai golongan Muhajirin.

Hijrah umat Islam bukan satu perkara yang mudah. Golongan Muhajirin ini terpaksa meninggalkan tanahair tempat kelahiran mereka, rumah kediaman, harta-benda, ternakan, tanaman, dan saudara-mara membawa bekalan yang minima untuk ke satu tempat yang masih samar-samar lagi nasib mereka.

Tambahan lagi, mereka perlu menempuh perjalanan yang berlatarbelakangkan padang pasir sejauh lebih kurang 430 km untuk sampai ke Madinah. Jauh mana tu? Kalau dari UNITEN tu sampai Machang, Kelantan (terima kasih googlemap). Waaah jauhnyeee! Ya memang jauh kalau naik kereta 4-5 jam baru sampai. Tapi... mereka bukan naik kereta, naik motor pun tidak. Mereka jalan kaki dan naik unta. Masya Allah.

Gambar Hiasan


Bukan setakat itu, mereka juga diburu oleh orang-orang kafir di Mekah yang cuba menghalang usaha hijrah ni. Besar nya dugaan mereka ini, kalaulah kita di tempat mereka, sanggup tak

Namun berbekalkan keimanan dan keyakinan yang tinggi kepada Allah dan Rasulnya, Allah mempermudahkan urusan mereka dan sejurus selepas itu, tertubuhlah negara Islam yang pertama dalam sejarah iaitu di Madinah. Firman Allah di dalam surah An-Nahl yang bermaksud:

 “Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya (dtindas oleh musuh-musuh Islam), Kami tentu akan menempatkan mereka di dunia ini pada tempat yang baik (Madinah). Dan sesungguhnya pahala akhirat adalah lebih besar kalau mereka mengetahui(41) (Iaitu) orang-orang yang bersabar dan hanya kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal (42).

Sahabat2 semua.

Menyingkap kisah Hijrah Islam tadi, bolehlah kita ambil pengajaran yang usaha menegakkan Islam ini memerlukan kepada kesungguhan dan pengorbanan. Kesanggupan untuk berkorban itu pula datang nya dari iman yang mantap hasil didikan dari Al-Quran dan As-sunnah. Hasilnya, Islam yang bermula dari sebuah bandar kecil di tanah arab, kini tersebar ke seluruh dunia dan satu ketika dulu, empayar Islam berjaya merangkumi 2/3 dunia.

Jadi. Sebagai seorang Islam. Apa pengorbanan yang anda telah lakukan untuk meneruskan usaha dakwah ini? 

Eh kenapa nak dakwah lagi, orang islam kan dah ramai??!! Cuba kita renung sebentar keadaan di sekeliling kita. Berapa ramai orang yang nama Islam, mengaku Islam, tapi tidak beramal seperti orang Islam. Berapa ramai pula yang cakap/tulis pasal Islam, tapi tak beramal dengan apa yang disampaikan? (aduh terkena batang hidung). Astaghfirullah alazim. Inilah dia tanggungjawab besar kita sebagai orang yang faham untuk menyampaikan pula mesej dakwah ini kepada orang lain.

Firman Allah dalam surah Ar-Ra'd ayat 11 yang maksudnya “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri”. 


Gambar Hiasan

Oleh itu sahabat2 semua, mengambil semangat golongan Muhajirin dari peristiwa hijrah 1434 tahun lepas,

demi masa depan Islam di dunia ini..
demi masa depan Islam di negara ini..
demi masa depan Islam di UNITEN..
demi keluarga dan sahabat2 yang kita sayang kerana Allah,
demi anak2 kita nanti..
demi generasi masa hadapan..

JOM KITA BERUBAH HARI INI. Mulakan dengan diri sendiri. Perbaiki amal ibadat kita, tinggalkan perkara2 yang dilarang. Sabda Rasulullah SAW, "Sebaik-baik orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah." [HR Muslim].  Rajinkan diri ke majlis ilmu, sertailah usaha-usaha dakwah yang banyak di UNITEN ni. Semoga Allah redha dengan usaha kita, dan ditempatkan sebaris dengan pejuang-pejuang agama di akhirat nanti Insya Allah.

Di kesempatan ini, mari kita sama-sama mendoakan keselamatan saudara-saudara kita di Palestin yang pada awal hari ini telah diserang dengan dahsyat oleh zionis laknatullah. Semoga mereka terus tabah dan tenang menghadapi dugaan ini.

Sekian, salam Maal Hijrah 1434. 










What Will Your Movie Be Rated?


Imagine your eyes a video camera, recording all that you see. Your lips a voice recorder recording all that you say. Imagine this “movie” being played wide screen on Judgment Day. But I now ask you, why imagine if that’s the case?

You may claim to be a Muslim, you may claim to be a believer; but is that truly enough? As humans, we always seek “more”. Whether it is in education, status, or wealth, we always want “more”. But why is it any different when it comes to religion? Why are we satisfied with the level we’re at with no desire to improve? Why do we compare ourselves to those we think are lower than us in iman, and convince ourselves that we’re good enough? Why don’t we seek –or want to seek– “more”?
There are three levels of faith: Islam, Iman and Ihsan. This desire for “more” is considered the highest level of them all. Linguistically, Ihsan literally means perfection or excellence. Likewise, it is of a Muslim’s responsibility to acquire perfection and excellence in not just worship, but in all aspects of life.
But the question is how do we attain this level of excellence? When the Prophet PBUH was asked by Jibreel (may Allah be pleased with him) about the meaning of Ihasan, he said, “That you worship Allah as if you see him, for if you don’t see Him then truly he sees you.”
We know Allah oversees all that we do, but unfortunately, we know it only in our minds and not in our hearts. If we did, would any of us think of committing a sin knowing He’s always watching? Would we use filthy language in our speech? Would we rush through our prayers? Would we simply mute the athan to continue watching a movie? Think about it.
Let us plant this concept of Ihsan in our hearts and witness our lives blossom with the love and fear of Allah SWT. And to make sure you’re always on track, ask yourself, “What will my movie be rated?” Because whether you like it or not, EVERYONE will catch the premiere on the day there is no shade but His.

 
http://amalalbaz.wordpress.com/2012/08/02/what-will-your-movie-be-rated/

Seven Reasons to Perform Hajj While Young



by Ibn Shaima
Posted on Friday, October 5, 2012 in Get Motivated
Seven Reasons to Perform Hajj While Young
7 Reasons to Perform Hajj While Young
“The feet of man will not slip on the Day of Resurrection until he is asked of five things: of his life as to how he spent it, his youth as to how he used it, his wealth as to where he got it and how he spent it, and of his knowledge as to what he did with it.” (Tirmithi)
“That they may witness benefits for themselves…” (Qur’an, 22:28)
From a young age, many of us dream of going to Hajj – to see the Ka`bah in person, the Station of Ibrahim, drink ZamZam, perform tawaaf (circling the Ka`bah), wear the white garments of Hajj, and be with brothers and sisters from around the world in the greatest international gathering in the history of humanity. It is a rare opportunity for forgiveness, for change, for turning to the Creator, and for Paradise, insha’Allah (God willing).
But it can sometimes feel out of reach and far away.  This is especially the case with the youth.
But as a person moves on in life, high school and university finish. There may be money left over, or loans that finally get paid off, and a person is in a position to perform Hajj. At the same time, there are many options in life.  It could be marriage, travel or vacation – one has to choose. For the young, with all of life’s possibilities tugging at the heart, here are a few reasons to put one’s heart, efforts, and resources into making that life-long dream a reality: the journey of Hajj.

1. If the Door is Open, It May Never Open Again

The dream has finally had its means made easy – will you fulfill it?  Life is so short on earth; we never know if this opportunity will come again. In fact, Allah subhanahu wa ta`ala (exalted is He) tells us how short life on earth is:
“You stayed not but a little – if only you had known,” (Qur’an, 23:114)
If the door for performing Hajj is finally open, a person should jump at the chance to perform it.
Ibn `Umar, radi allahu `anhu (may Allah be pleased with him), said, “When evening comes, do not expect (to live till) morning, and when morning comes, do not expect (to live till) evening. Take from your health (a preparation) for your illness, and from your life for your death.” (Bukhari)

2. Hasten Toward Hajj

“Expedite the performance of Hajj.  For nobody knows what may obstruct one.” (Ibn Majah, Ahmad)
Along with not knowing what may obstruct one if one does not take the open opportunity to perform Hajj, the Prophet ṣallallāhu 'alayhi wa sallam (peace and blessings of Allāh be upon him) (peace and blessings of Allāh be upon him) told us to expedite the performance of Hajj. We are told to get it done, not put it on the backburner or be lax concerning its performance, or to put other things as a priority above it. It is a duty to be fulfilled for Allah, a pillar of Islam. For someone who has had the means to perform Hajj for some time and  does not go, the Prophet ṣallallāhu 'alayhi wa sallam (peace and blessings of Allāh be upon him) (peace and blessings of Allāh be upon him) informed us of the state of loss of such a person:
“Allah said: ‘Any of My slaves who is healthy and are of the means for five years, and did not visit My house, he is mahroom.“ (Ibn Hibban & Musnad Abu Ya’laa: 3703:1031)
The direct translation of mahroom is “deprive,” meaning a person who is able to go to Hajj and does not, has deprived themselves of something good and of benefits that cannot be imagined that will be regretted on the Day of Judgment.

3. Hajj Decreases Poverty

The Prophet ṣallallāhu 'alayhi wa sallam (peace and blessings of Allāh be upon him) (peace and blessings of Allāh be upon him) said, “Keep on doing Hajj and Umrah, because they both eliminate poverty and sins just like a furnace eliminates the dirty impurities of iron, gold and silver.  And an accepted Hajj has no reward less than Paradise!” (Tirmithi, Nisaa’i, Ahmad)  It is important that we do not let our worries stop us from going, if we have the means.  If we are concerned for our sustenance, one should perform Hajj with the expectation of improving its state, however Allah subḥānahu wa ta'āla (glorified and exalted be He) (glorified and exalted be He) wills for that to happen.

4. The Supplication

One of the most prominent features of Hajj is supplication to Allah subḥānahu wa ta'āla (glorified and exalted be He) (glorified and exalted be He). One does it so much on Hajj.  But what is more, the supplication of Hajj is answered insha’Allah; and the best supplication is that of Arafah during Hajj.
“The warrior in the path of Allah, the one performing Hajj and the one performing Umrah are the delegations of Allah.  If they call on Allah they are answered and if they ask Him for anything it is given to them.” (Ibn Maajah, Ibn Hibban)
“The best supplication is the supplication on the day of Arafah [...]“ (Tirmithi, Malik)
“There is no other day when Allah sets free more slaves from the Fire than the day of Arafah, for that day He comes nearer to them and says proudly to the angels: What do these people seek?” (Muslim)
Now for the youth looking to improve their lives – to get that nice job, get into that school, improve their relationship with Allah and draw near to Him, marry that wonderful man or woman, have that a family member come to Islam or get back on the straight path, Hajj is the place to be. Hajj is where it’s at. Think of having supplicated during Hajj and living life from now on benefitting from those supplications insha’Allah.

5. The Release from Sin

Not only is Hajj a priceless opportunity for supplication, it is a chance to wipe clean the slate of one’s mistakes and shortcomings of the past. “One who comes to this House for Hajj and avoids all lewdness and sins, he returns as he was on the day his mother gave birth to him.” (Bukhari & Muslim) Imagine having all of one’s mistakes wiped away, and having a clean and healthy conscience, mind and heart and a purified soul insha’Allah. Imagine experiencing this rebirth of sorts from a young age.  It is a dream; it is priceless.  But by Allah’s Mercy and Compassion, it is insha’Allah within reach for those who make Hajj. Hajj is a great way of for young person to get a head start in cleaning up the shortcomings and mistakes of the past, and thereafter look towards a much brighter future insha’Allah. Hajj is also a chance for Paradise: “An `umrah to another `umrah expiates what is in between them, and the accepted Hajj receives nothing except Paradise.” (Bukhari & Muslim) `Umrah is a like Hajj except it is shorter and can be performed at any time of the year.

6.  Utilize Your Youth

Not only is Hajj a chance to be reborn in terms of one’s past mistakes and shortcomings in life, it is also a chance for the youth to take advantage of the fresh health they are often given by Allah subḥānahu wa ta'āla (glorified and exalted be He) (glorified and exalted be He), the Most Generous. “There are two blessings which many people do not make the most of and thus lose out: good health and free time.” (Bukhari)  Take advantage of this great blessing that is guaranteed for no one. Hajj is not only a spiritual, emotional, and intellectual experience, but also a very physical one. No matter how young or in-shape you are, you will stand to benefit from every last bit of youthful energy and physical health Allah subḥānahu wa ta'āla (glorified and exalted be He) (glorified and exalted be He) has blessed you with during Hajj.

7.  Experience the World

As a young person, valuable life lessons taken from an early age are precious and can leave a lasting impression.  One of the greatest life lessons anyone can learn and experience most vividly on Hajj is that human beings are equal to each other. Equal, that is, except in terms of taqwa, or God consciousness and reverence. On Hajj this is not an ideal of the mind or on the tongue, but is something put into practice, witnessed and experienced. During the Hajj itself, in part of what is known as the Farewell Sermon, the Prophet ṣallallāhu 'alayhi wa sallam (peace and blessings of Allāh be upon him) (peace and blessings of Allāh be upon him) said, “All mankind is from Adam and Eve, an Arab has no superiority over a non-Arab, nor a non-Arab any superiority over an Arab; also a white has no superiority over a back nor a black any superiority over a white, except by piety and good action. Learn that every Muslim is a brother to every Muslim and that the Muslims constitute one brotherhood.” (Excerpt from Khutbatul Wada’, amongst collections of Bukhari, Muslim, Tirmithi, Ahmad)
From virtually every nook and corner of the Earth, men and women gather together in unity and submission to God during Hajj. Men all wear the same simple, white cloth garments; men and women perform the same acts of worship; young and old and even children participate; the rich and the poor mix. Everyone is equal before God and their piety is ultimately only known to Him, and He is their final Judge. Going through such an experience on a large scale with millions of people,insha’Allah, will open up the mind, heart, and soul to what it really means to be a human being amongst everyone on earth, much less what it truly means to be a Muslim in peaceful surrender to God.
About the Author:
This article was written by Ibn Shaima and originally published at http://SuhaibWebb.com.


Thursday, November 8

Zikrullah : mengingati Allah


Apakah yang anda akan lakukan jika anda berada dalam keadaan resah/gelisah/nak marah?adakah anda menenagkan diri anda dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan atau dengan cara lain?

Firman Allah :-

"Wahai orang-orang yang beriman, banyakkanlah mengingati nama Allah dan bertasbihlah di waktu pagi dan petang" (Al-Ahzab :41-42)

Apa yang dimaksudkan dengan ZIKIR? zikir ni adalah kata kata memuji Yang Maha Berkuasa iaitu Allah s.w.t.Antaranya adalah tasbih,tahmid dan takbir.Apa itu tasbih? tasbih adalah ucapan Subhanallah.Tahmid pula adalah ucapan Alhamdulillah dan takbir adalah ucapan Allahuakhbar. Ape yang diertikan dengan Subhanallah dalam bahasa melayu?Subhanallah adalah zikir memuji Allah yang bermaksud Maha Suci Allah.Kalau kita perasan,didalam solat pun mengandungi zikir tersebut.Ketika mana?salah satunye adalah ketika kita sujud iaitu Subhana robbiyal a'la wabihamdih bermaksud Maha Suci Allah Yang Maha Tinggi dengan segala sifat kepujiaanNya.

 Manakala Alhamdulillah bererti segala puji bagi Allah seperti mana ketika kita solat,kita membaca surah Alfatihah ayat ke-2 yang berbunyi Alhamdulillahi robbil aalamin (segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam). Allahuakhbar pula membawa maksud Allah Maha Besar yang kita akan sebut ketika mengangkat takbir untuk memulakan solat dan menjadi salah satu sebutan dari satu rukun ke rukun lain ketika solat.

Zikir sebenarnya dapat menghindari diri kita dari perasaan sedih,gundah,resah gelisah dan sebagainya.Ia juga memastikan bahawa kita selalu mengingati Allah.Kita sebagai seorang muslim seharusnya menjadikan budaya zikir sebagai satu budaya hidup kita.Contohnya dalam perbualan kita bersama seorang rakan kita,jika berlaku sedikit salah faham ataupun gurau senda,jangan la kita menyebut perkataan perkataan seperti 'babi' atau 'sial',apa salahnya jika kita gantikan perkataan perkataan demikian dengan menyebut zikir kepada Allah?apakah itu lagi baik bagi kamu?peringatan untuk diri dan pembaca juga supaya beringat ingat ketika bercakap.

Disebutkan dalam satu hadith shahih :

Boleh diibaratkan orang yang selalu berzikir kepada Allah dan orang yang tidak pernah berzikir kepada Allah bagaikan orang hidup dan orang mati.

kerana itu,ingatlah kamu kepadaKu,nescaya Aku ingat (pula) kepadamu (Al Baqarah :152)

Anda percaya? kalau tak percaya apa kata anda cuba lakukan dan lihat bagaimana pengakhirannya nanti. Sama-sama lah kita mengutip pahala dengan sebanyak mungkin sementara Allah masih meminjamkan jasad dan nyawa kepada kita.Wallahua'lam :D

Countdown

Followers

Popular Posts

Labels