Zikrullah : mengingati Allah
Apakah yang anda akan
lakukan jika anda berada dalam keadaan resah/gelisah/nak marah?adakah anda
menenagkan diri anda dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan atau dengan
cara lain?
Firman Allah :-
"Wahai orang-orang yang beriman,
banyakkanlah mengingati nama Allah dan bertasbihlah di waktu pagi dan
petang" (Al-Ahzab :41-42)
Apa yang dimaksudkan dengan ZIKIR? zikir ni adalah
kata kata memuji Yang Maha Berkuasa iaitu Allah s.w.t.Antaranya adalah
tasbih,tahmid dan takbir.Apa itu tasbih? tasbih adalah ucapan
Subhanallah.Tahmid pula adalah ucapan Alhamdulillah dan takbir adalah ucapan
Allahuakhbar. Ape yang diertikan dengan Subhanallah dalam bahasa melayu?Subhanallah
adalah zikir memuji Allah yang bermaksud Maha Suci Allah.Kalau kita
perasan,didalam solat pun mengandungi zikir tersebut.Ketika mana?salah satunye
adalah ketika kita sujud iaitu Subhana robbiyal a'la wabihamdih bermaksud Maha
Suci Allah Yang Maha Tinggi dengan segala sifat kepujiaanNya.
Manakala Alhamdulillah bererti segala puji bagi Allah
seperti mana ketika kita solat,kita membaca surah Alfatihah ayat ke-2 yang
berbunyi Alhamdulillahi robbil aalamin (segala puji bagi Allah Tuhan semesta
alam). Allahuakhbar pula membawa maksud Allah Maha Besar yang kita akan sebut
ketika mengangkat takbir untuk memulakan solat dan menjadi salah satu sebutan
dari satu rukun ke rukun lain ketika solat.
Zikir sebenarnya dapat menghindari diri kita dari perasaan
sedih,gundah,resah gelisah dan sebagainya.Ia juga memastikan bahawa kita selalu
mengingati Allah.Kita sebagai seorang muslim seharusnya menjadikan budaya zikir
sebagai satu budaya hidup kita.Contohnya dalam perbualan kita bersama seorang
rakan kita,jika berlaku sedikit salah faham ataupun gurau senda,jangan la kita
menyebut perkataan perkataan seperti 'babi' atau 'sial',apa salahnya jika kita
gantikan perkataan perkataan demikian dengan menyebut zikir kepada Allah?apakah
itu lagi baik bagi kamu?peringatan untuk diri dan pembaca juga supaya beringat
ingat ketika bercakap.
Disebutkan dalam satu hadith shahih :
Boleh diibaratkan orang
yang selalu berzikir kepada Allah dan orang yang tidak pernah berzikir kepada
Allah bagaikan orang hidup dan orang mati.
kerana itu,ingatlah kamu kepadaKu,nescaya Aku ingat (pula)
kepadamu (Al Baqarah :152)
Anda percaya? kalau tak percaya apa
kata anda cuba lakukan dan lihat bagaimana pengakhirannya nanti. Sama-sama lah
kita mengutip pahala dengan sebanyak mungkin sementara Allah masih meminjamkan
jasad dan nyawa kepada kita.Wallahua'lam :D
0 comments:
Post a Comment