Wednesday, October 31

Mangkuk yang Cantik, Madu dan Sehelai Rambut

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abakar r.a., Umar r.a., Utsman r.a., dan 'Ali r.a., bertamu ke rumah Ali r.a. Di rumah Ali r.a. istrinya Sayidatina Fathimah r.ha. putri Rasulullah SAW menghidangkan untuk mereka madu yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk yang cantik, dan ketika semangkuk madu itu dihidangkan sehelai rambut terikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta kesemua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan terhadap ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumanya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yangtak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal adalah lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri; harta; dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Sorga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat sorga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju sorga-Ku adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

SOURCE: http://azharjaafar.blogspot.com/2008/08/mangkuk-yang-cantik-madu-dan-sehelai.html?spref=fb&fb_source=message

Thursday, October 25

Rahmat Ujian





Dalam derita ada bahgia 
Dalam gembira mungkin terselit duka 
Tak siapa tahu Tak siapa pinta ujian bertamu 
Bibir mudah mengucap sabar 
Tapi hatilah yang remuk menderita 
Insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran
Segala takdir terimalah dengan hati terbuka 
Walau tersiksa ada hikmahnya 
Chorus: 
Harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma 
Itu jelaslah menunjukkan Allah mengasihimu setiap masa 
Diuji tahap keimanan Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatnya 
Allah rindu mendengarkan 
Rintihanmu berpanjangan 
Bersyukurlah dan tabahlah Menghadapi… 
Segala ujian diberi Maka bersyukurlah selalu….

Seringkali kita mendengar rungutan demi rungutan apabila seseorang ditimpa ujian, bencana atau musibah. Tanpa menyedarinya kita juga kadangkala melakukan perkara yang sama. Lumrah kehidupan sebagai hamba NYA. Namun sedarkah kita bahawa ujian yang ditimpakan ke atas setiap insan di muka bumi ini merupakan suatu rahmat daripada Allah S.W.T?

Sengaja saya mulakan perkongsian kecil saya kali ini dengan lirik lagu 'Rahmat Ujian' yang dipopularkan oleh kumpulan nasyid tanahair, Mestica. Pada saya, lagu ini mempunyai makna yang sangat mendalam dan memberi impak yang besar pada diri andai dihayati dan direnung tenung segala yang tersirat disebalik liriknya. Lantas lahir rasa untuk lebih mengagumi kebesaran Rabbul Jalil di atas kurniaan ilham kepada penulis lirik serta komposernya. Subhanallah...Begitu indah.

Sebenarnya, lagu ini sentiasa meniti di bibir saya tatkala diri terasa begitu lemah untuk meneruskan kehidupan. Bukan bermaksud berputus asa tetapi tidak berdaya lantaran dugaan yang hadir dalam hidup sukar untuk dihadapi sendiri. Lantas,bagi mengubat hiba dan memujuk hati agar lebih tabah dan sabar melaluinya, saya jadikan lagu ini teman setia untuk berbicara dan berkongsi rasa kerna kadangkala kita lebih memilih untuk bersendiri daripada berkongsi. Namun, apa yang terbaik adalah mengembalikan segalanya pada DIA yang Maha Esa kerana segalanya milik Allah yang kuasa. Dialah yang mengurniakan ujian kepada kita maka hanya Dia yang punya jalan penyelesaiannya. Justeru, dekatkan diri kepadaNYA saat suka dan duka. 

Renung-renungkan agar kelemahan dapat diatasi, kelebihan dapat dikongsi..

Wallahu'alam. 


Aidiladha: Kisah Cinta Terhangat Lagi Tertinggi


Perkongsian ini di ambil daripada www.saifulislam.com.
Semoga bermanfaat buat semua pengunjung Sahabat Al Quran.
Ibrahim ‘alayhi al-Salaam menginginkan seorang anak.
Keinginan yang pasti luar biasa, kerana menginginkannya pada usia diri dan isteri yang sudah lanjut umur, dan memintanya ketika mana baginda adalah KHALIL Allah.
Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayangan (KHALIL)Nya. [Al-Nisaa' 4:125]
Khalil bukan kekasih biasa. Khalil adalah kekasih yang berkasih dengan kasih yang sangat istimewa. Ia bukan HUBB atau MAHABBAH, ia adalah KHULLAH. Cinta eksklusif yang tidak dikongsi.
Seperti junjungan mulia kita Nabi Muhammad sallallaahu alayhi wa sallam. Baginda juga adalah KHALIL Allah.
“Seandainya aku ingin mengambil penduduk bumi ini sebagai kekasihku, nescaya aku akan mengambil Abu Bakar sebagai kekasihku (khalil), akan tetamu sahabatmu ini (yakni diriku) adalah kekasih Allah yang Rahman (Khalil al-Rahman)” [Hadith riwayat Muslim]
 Seorang Khalil tidak berkongsi KHULLAH (cinta tertinggi) dengan sesiapa. Justeru kehadiran Ismail alayhi al-Salaam sebagai anak yang diminta dan dihajat, kasih Ibrahim kepada anak ini mengundang ujian. Apakah kasih Ibrahim kepada Ismail, telah menjejaskan kasihnya kepada Allah?
Justeru datang perintah menyembelih.
Perintah yang menguji sistem nilai, keutamaan dan pengorbanan.
“Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: “Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?“. Anaknya menjawab: “Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar” [Al-Saffat 37: 102]
IBRAH
Kisah Ibrahim sinonim dengan pengorbanan.
Namun sebelum pengorbanan, ujiannya adalah pada keutamaan.
Melafazkan kesaksian Laa Ilaaha Illallaah bererti meletakkan Allah sebagai keutamaan tertinggi kehidupan. Di dalam bahasa cinta, ia disebut sebagai KHALIL dan KHULLAH. Kedudukan istimewa berkaitan hubungan Ibrahim dengan Allah, demikian juga Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Ibrahim sangat mencintai Ismail. Cinta yang tinggi, cinta yang mendalam.
Tetapi tekad Ibrahim melaksanakan perintah Allah untuk cintanya dikorban, membuktikan Ibrahim telah dan terus mencintai Allah, mengatasi segala-galanya, hatta Ismail, si anak, buah hati pengarang jiwa. Dan kejernihan serta ketulenan cinta Ibrahim kepada ALLAH itulah, yang menjadikan kasih Ibrahim kepada Ismail agung sebagai kasih seorang bapa kepada anak yang diabadikan dalam ibadah korban.
KISAH CINTA TERTINGGI
Simbol cinta tinggi bukan antara kekasih dengan kekasih, jauh sekali antara Laila dan Majnun atau Uda dan Diri. Cinta tertinggi adalah cinta seorang bapa kepada anak, kerana cintanya berhubung dengan tanggungjawab, amanah, keutamaan, pengorbanan, jauh daripada sekadar naluri emosi dan keinginan.
Dan segalanya, selepas cinta kepada Allah kekal tertinggi, tiada kompromi.
Kisah Ibrahim dan Ibadah Korban menginsafkan kita tentang keutamaan hidup ini. Mengungkapkan kesaksian bahawa “AKU BERIMAN DENGAN ALLAH” malah “AKU MENCINTAI ALLAH” bukan kesaksian sebarangan.
Andai Allah keutamaan tertinggi hidup ini, apakah ada yang lebih penting daripada apa yang Allah pentingkan? Apakah ada kerunsingan pada memikirkan perkara yang tiada dalam kepentingan-Nya?
Iman membuahkan cinta.
Cinta membentuk nilai dan keutamaan.
Keutamaan menentukan pengorbanan.
Dalam sebuah hidup bernama PERJUANGAN.
Salam Aidiladha!
HASRIZAL
43000 BSP.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Countdown

Followers

Popular Posts

Labels