Thursday, October 25

Rahmat Ujian





Dalam derita ada bahgia 
Dalam gembira mungkin terselit duka 
Tak siapa tahu Tak siapa pinta ujian bertamu 
Bibir mudah mengucap sabar 
Tapi hatilah yang remuk menderita 
Insan memandang mempunyai pelbagai tafsiran
Segala takdir terimalah dengan hati terbuka 
Walau tersiksa ada hikmahnya 
Chorus: 
Harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian menjelma 
Itu jelaslah menunjukkan Allah mengasihimu setiap masa 
Diuji tahap keimanan Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatnya 
Allah rindu mendengarkan 
Rintihanmu berpanjangan 
Bersyukurlah dan tabahlah Menghadapi… 
Segala ujian diberi Maka bersyukurlah selalu….

Seringkali kita mendengar rungutan demi rungutan apabila seseorang ditimpa ujian, bencana atau musibah. Tanpa menyedarinya kita juga kadangkala melakukan perkara yang sama. Lumrah kehidupan sebagai hamba NYA. Namun sedarkah kita bahawa ujian yang ditimpakan ke atas setiap insan di muka bumi ini merupakan suatu rahmat daripada Allah S.W.T?

Sengaja saya mulakan perkongsian kecil saya kali ini dengan lirik lagu 'Rahmat Ujian' yang dipopularkan oleh kumpulan nasyid tanahair, Mestica. Pada saya, lagu ini mempunyai makna yang sangat mendalam dan memberi impak yang besar pada diri andai dihayati dan direnung tenung segala yang tersirat disebalik liriknya. Lantas lahir rasa untuk lebih mengagumi kebesaran Rabbul Jalil di atas kurniaan ilham kepada penulis lirik serta komposernya. Subhanallah...Begitu indah.

Sebenarnya, lagu ini sentiasa meniti di bibir saya tatkala diri terasa begitu lemah untuk meneruskan kehidupan. Bukan bermaksud berputus asa tetapi tidak berdaya lantaran dugaan yang hadir dalam hidup sukar untuk dihadapi sendiri. Lantas,bagi mengubat hiba dan memujuk hati agar lebih tabah dan sabar melaluinya, saya jadikan lagu ini teman setia untuk berbicara dan berkongsi rasa kerna kadangkala kita lebih memilih untuk bersendiri daripada berkongsi. Namun, apa yang terbaik adalah mengembalikan segalanya pada DIA yang Maha Esa kerana segalanya milik Allah yang kuasa. Dialah yang mengurniakan ujian kepada kita maka hanya Dia yang punya jalan penyelesaiannya. Justeru, dekatkan diri kepadaNYA saat suka dan duka. 

Renung-renungkan agar kelemahan dapat diatasi, kelebihan dapat dikongsi..

Wallahu'alam. 


0 comments:

Post a Comment

Countdown

Followers

Popular Posts

Labels